Sabtu, 4 Mei 2013

Pengajaran Dan Pembelajaran

RANCANGAN  PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN             :  Bahasa Malaysia
TAHUN                                  :  1 Bestari
MASA                                    :  30 Minit
TEMA                                     :  Keluarga
TAJUK                                   :  Kami sayang datuk dan nenek
FOKUS UTAMA                   :  Standard Kandungan 
                                                2.2 – Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
                                                  Standard Pembelajaran
                                             2.2.3 – Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan                 bacaan dengan sebutan yang betul.
FOKUS SAMPINGAN         :  Standard Kandungan
                                                  3.2 – Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi                                                        dengan betul dan kemas.
                                                   Standard Pembelajaran
                                 3.2.6 – Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
OBJEKTIF                             :  Pada akhir pelajaran, murid dapat :
                                          1.  membaca ayat mengenai datuk dan nenek dengan sebutan yang betul.
                                               2.  menulis ayat tunggal tentang datuk dan nenek dengan betul dan tulisan yang kemas
PENGISIAN KURIKULUM :    i.  Ilmu :  Pendidikan Moral
                                                     ii. Nilai :  Kasih sayang
                                                    iii. KBT – BCB – Kemahiran mendengar
BBM                                       :  Gambar keluarga, Kad huruf, kad ayat, lembaran kerja
STRATEGI  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

SET  INDUKSI

1.  Guru menunjukkan gambar ahli keluarganya.

2.  Bincang dengan murid tentang ahli keluarga 
     masing-masing.

3.  Guru memanggil seorang murid untuk bercerita         
     tentang ahli keluarganya

4.  Guru meminta beberapa orang murid mengambil
     huruf  mengikut nombor yang ditulis  kemudian
     melekatkannya di papan magnet.

5.  Murid membaca perkataan yang terbina daripada
     huruf-huruf tersebut.
    




Gambar keluarga

Kad huruf
bermagnet.

LANGKAH 1

1.  Guru mempamerkan kad-kad frasa dan
     membacakannya.

2.  Murid membaca frasa dengan bimbingan guru dan
     memahami maksud yang dipamerkan dengan
     sebutan yang jelas.

3.  Guru menunjukkan kad ayat kepada murid dan
     meminta kepada murid membaca ayat-ayat yang
     ada pada kad ayat.




 Nilai :
- kasih sayang


Lampiran 1
-Kad frasa


Lampiran2
-Kad ayat

LANGKAH 2

1.  Guru mengedarkan lampiran petikan kepada setiap
     murid.

2.  Guru membimbing murid  membaca petikan yang
     diberi dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
     sesuai.

3.  Murid membaca petikan secara individu dengan
     sebutan yang betul dan jelas.

4.  Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan.





Lampiran 3 
- petikan       

AKTIVITI
PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN

LANGKAH 3

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja.

2.  Murid diminta menyalin ayat tunggal dengan betul
     dan tulisan yang kemas.

3.  Guru bimbing murid yang lemah.




Lembaran kerja

PENUTUP

1.  Guru menyanyikan lagu “ saya sayang datuk “

2.  Murid menyanyi bersama guru.

3.  Semua menyebut “ saya sayang datuk dan nenek “




Nilai
- kasih sayang



BAHAN BANTU BELAJAR

LAMPIRAN 1                                                                                                      

KAD FRASA


datuk saya

nenek saya

Sayang akan datuk

Sayang akan nenek



LAMPIRAN 2
KAD AYAT



Saya sayang akan datuk

Saya sayang akan nenek

Datuk saya tinggal di kampung

Nenek sayang akan saya

 Datuk saya ada kebun




LAMPIRAN 3


Baca dan fahami petikan.

Kamal ada datuk.

Kamal ada nenek.

Nama datuk Kamal, Azman

Nama nenek Kamal, Mariam

Datuk Kamal tinggal di kampong.

Datuk Kamal ada kebun sayur




 LEMBARAN KERJA 2

Baca dan salin ayat di bawah dengan betul dan kemas.

1.  Kamal ada datuk




2. Nama nenek Kamal Mariam




3.  Kamal sayang pada datuk.




LIRIK LAGU


 Satu satu saya sayang ibu,

Dua dua saya sayang ayah,

    Tiga tiga sayang datuk nenek,

Satu dua tiga sayang semuanya.




REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

1.  TEMA / ISU
Pada asasnya isu yang cuba dibangkitkan dalam pengajaran saya ialah membolehkan murid menguasai kemahiran mengeja dan membaca. Set induksi saya dimulakan dengan menunjukkan gambar keluarga saya kemudian mengaitkan dengan keluarga murid.  Murid diminta menceritakan tentang keluarga mereka dan akhirnya saya menggalakkan murid mengaitkan keluarga dengan pertalian datuk dan nenek. Murid dibimbing mengeja datuk dan nenek. Set induksi saya berjalan dengan lancar kerana murid-murid berlumba untuk bercerita tentang keluarga termasuk datuk dan nenek mereka. Saya nampak murid ceria di awal pengajaran dan keadaan ini dapat menimbulkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran pada hari itu.

2.  KEKUATAN / MEMBINA KEKUATAN
Sepanjang menjalankan mikro-pengajaran saya berjaya menarik minat murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang saya jalankan. Saya juga dapat mengurus dan mengawal kelas dengan tersusun dan berkesan. Saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid. Daripada pemahaman yang llepas saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P. Oleh itu semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid. Di samping itu saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri sepanjang menjalankan pengajaran mikro saya.

3.  PENAMBAHBAIKAN

Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran mikro saya dengan agak berjaya, saya mendapati ada juga kelemahan yang saya lakukan. Kelemahan saya ialah kawalan murid semasa melaksanakan aktiviti. Murid saya agak aktif dan sering menjerit-jerit semasa mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Setelah menonton rakaman video yang dibuat saya dapati saya teragak-agak untuk memberi peluang kepada murid  menjawab soalan. Ada murid yang mengangkat tangan tidak berpeluang menjawab soalan saya dan di wajah mereka kelihatan hampa kerana tidak dipilih. Sepatutnya seorang guru harus memberi peluang kepada semua murid untuk meluahkan idea mereka. Oleh itu, ini memberikan kesedaran kepada saya bahawa setiap murid itu harus diberi peluang untuk bercakap agar mereka merasakan idea mereka boleh diterima dan didengar oleh guru. Saya akan cuba melibatkan semua murid saya dalam aktiviti P&P saya.



REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

            Saya telah menjalankan makro pengajaran mengenai tajuk ‘ Kami saya datuk dan nenek’ berdasarkan tema keluarga.. Berdasarkan tajuk ini hasil pembelajaran yang akan dicapai ialah murid dapat mengeja perkataan dan membaca ayat.  Bagi memastikan proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan, saya telah merancang Rancangan Pengajaran Harian dengan teliti supaya saya dapat mengajar mengikut langkah-langkah yang betul dan menepati masa.
            Video pengajaran saya ini mengandungi set induksi, langkah satu, langkah dua, langkah tiga dan penutup. Untuk set induksi saya menggunakan kad gambar keluarga dan melibatkan murid untuk bercerita dan member idea. Untuk langkah pertama saya menggunakan kad perkataan dan kad ayat. Di sini murid dibimbing mengeja dan membatangkan perkataan. Langkah seterusnya saya menggunakan teks bacaan untuk melihat kemampuan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Langkah ketiga pula pengedaran lembaran kerja dilakukan. Murid-murid diuji menulis dengan betul dan kemas. Manakala penutup pula saya memasukkan unsur nyanyian untuk menambahkan lagi keceriaan kelas saya.
            Setelah rakaman selesai dijalankan, saya rasa sangat berpuas hati dan yakin video ini tiada cacat celanya.  Namun setelah menilai balik rakaman video ini saya dapati ada kekuatan dan kelemahan yang patut saya perbaiki. Kekuatan saya ialah saya dapat menarik murid melibatkan diri dengan aktif dalam setiap aktiviti yang saya jalankan dalam pengajaran saya.  Murid begitu ceria dan berminat untuk belajar secara aktif dengan mengangkat tangan untuk menjawab soalan saya ataupun apabila diminta untuk bercerita tentang keluarga mereka. Kekuatan seterusnya ialah peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid, contohnya pujian seperti ‘baik’, ‘tahniah’ dan perlakuan seperti menepuk tangan. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan. Kekuatan saya seterusnya ialah saya Berjaya mengajar mengikut rancangan pengajaran harian saya. Semasa sesi pengajaran saya tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya.
            Walaupun saya dapat melaksanakan makropengajaran saya dengan agak berjaya, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh saya hasil perbincangan yang telah dilakukan bersama rakan setugas.  Kelemahan pertama saya ialah tentang masa. Masa yang diambil oleh guru tidak menepati arahan pensyarah. Jelas kelihatan saya agak terburu-buru mengejar masa menyebabkan pengajaran saya sedikit terganggu.  Selain daripada itu penggunaan alat bantuan mengajar saya juga berbentuk biasa. Sepatutnya saya boleh menggunakan ICT untuk menggantikan kad ayat. Murid boleh menyusun perkataan menjadikan ayat bermakna. Ini akan lebih menarik minat murid untuk melibatkan diri semasa proses P&P.
            Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada saya akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.  Saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat merancang apakah yang hendak saya lakukan di samping menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik.  Jika berpeluang untuk mengajar dn membuat rakaman semula saya akan cuba menambahkan unsur-unsur didik hibur kerana akan dapat menarik minat murid untuk belajar dan dapat meningkatkan penglibatan semua murid secara aktif.
            Kesimpulannya, mempelbagaikan teori,teknik dan kaedah sangat penting semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid memerlukan guru yang kreatif untuk menarik minat mereka terhadap pembelajaran yang dilalui. Guru harus peka dengan perubahan masa dan berusaha untuk mengikuti perkembangannya agar P&P guru sentiasa canggih dan terkini.




KAJIAN TINDAKAN

ABSTRAK.

            Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca ayat.  Selain daripada itu ianya bertujuan untuk membantu murid dalam kelas tahun 1 yang bermasalah.  Kumpulan sasaran saya ialah 6 orang murid yang tidak menguasai kemahiran membaca.  Saya telah melakukan kajian malalui latihan bertulis, hasil kerja murid seperti buku latihan dan buku aktiviti mereka untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang dikaji. Menyedari akan kelemahan murid-murid ini saya telah memperbanyakkan penggunaan kad suku kata dan juga kad tingkap  Setiap hari murid akan diberi latih tubi membatangkan suku kata menjadi perkataan bermakna.  Saya juga menggunakan kad yang berwarna-warni untuk menarik minat murid terhadap pengajaran saya. Perlaksanaan langkah-langkah yang saya atur dapat memberikan satu keputusan yang baik berbanding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjikkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.

            Masalah tidak lancar membaca merupakan perkara utama yang akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.  Seramai 6 orang murid saya menghadapi masalah ini kerana mereka tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada dalam kelas.
            Dalam pemerhatian saya, murid-murid ini tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan.  Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam suku kata dengan betul. Mereka juga seringkali melakukan kesalahan semasa latihan diberikan. Saya pernah menggunakan teknik yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Teknik tersebut adalah membimbing mereka mengeja kata awalan sebanyak sepuluh kali, kemudia diikuti dengan sukukata ke dua. Namun begitu mereka masih belum menguasainya.  Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Perkara ini menyebabkan murid tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran
            Justeru itu saya perlu membuat penambahbaikan semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membina lebih banyak bahan-bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid melibatkan secara aktif semasa P&P saya.
FOKUS KAJIAN

            Saya akan fokuskan kajian terhadap masalah mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Murid tidak dapat mengesan bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat. Mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran.  Akibat daripada itu mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.
            Dengan mengadakan aktiviti menggunakan perisian power point mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan suku kata terbuka dan tertutup, saya berharap agar dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan diri murid terhadap pelajaran mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Setelah kajian dilakukan, diharap murid dapat mencapai objektif berikut:
i.  Objektif umum
- mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan              perkataan suku kata terbuka dan tertutup.

ii.  Objektif Khusus
 -  murid dapat mengecam abjad a hingga z dengan betul
 -  murid dapat mengeja dan menyebut suku kata dengan betul
 -  Murid dapat menyebut perkataan dengan dua, tiga atau empat suku kata terbuka dan        tertutup.

KUMPULAN SASARAN

            Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 6 orang murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Perak yang mempunyai masalah untuk membaca.



PELAKSANAAN KAJIAN

1.  Pemerhatian
 Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk             belajar secara aktif.  Mereka tidak boleh mengeja suku kata dan perkataan dengan      betul.

2. Ujian Pra
Telah dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Murid tidak dapat melengkapkan ayat dengan perkataan yang diberi.   

Dapatan kajian ujian Pra.
            -  Berikut adalah data yang diperolehi berdasarkan ujian Pra yang dijalankan.

BIL
NAMA MURID
MARKAH
GRED
1. 
Hafizal bin Hazli
20/100
D
2.
Muhammad Syazwan bin Syamsudin
16/100
E
3.
Nur Fasha Aleeya bt. Mohd Faizal
18/100
E
4.
Nurul Afiqah bt Abdullah
20/100
D
5.
Sharmili A/P Sivaraman
10/100
E
6.
Siti Azima bt Mustafa
28/100
E


TINDAKAN YANG DIJALANKAN

            Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

Aktiviti 1 : nyanyian lagu suku kata
Cara pelaksanaan
1.  Guru memaparkan seni kata lagu
2.  Murid mengeja suku kata pada lagu tersebut.
3.  Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan      oleh guru.
4.  Murid menyanyikan lagu secara kumpulan dan individu.
5.  Guru menambahkan pada seni kata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata
     Yang diberi
6.  Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1
CONTOH LIRIK LAGU SUKU KATA
Ba    ba     ba     ba
Be     be     be     be
Bi      bi      bi
Bi      bi      bi
Be     be     be     be     be     be
Bu    bu     bu     bu     bu     bu
Bo    bo     bo
Bo    bo     bo


Menambahkan perkataan di belakang bersama gambar.
Ba    ba     baju
Be     be     besi
Bi      bi      biru
Bi      bi      biri
Be     be     be     be     beca
Bu    bu     bu     bu     buku
Bo    bo     bola

Pengukuhan  :  Guru menggunakan suku kata dan perkataan lain


Aktiviti 2  : Mengeja dan menyebut perkataan
 Cara pelaksanaan
1.  Murid menggunakan powerpoint yang dibina untuk mengeja dan membunyikan suku kata,
2.  Murid diminta klik pada suku kata dan perkataan.  Suara mengeja dan menyebut suku kata akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara suku kata dan perkataan tersebut.

Aktiviti ke 3  : Latihan interaktif mengisi suku kata awal dan akhir, padan perkataan,                      isi huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru.
Cara pelaksanaan
Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi suku kata awal dan akhir, mengisi huruf tertinggal perkataan berdasarkan gambar.

REFLEKSI KAJIAN

            Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti diatas dianggap berjaya. Ini adalah kerana murid-murid saya dapat membina perkataan seterusnya melengkapkan ayat yang diberi dengan betul.  Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa ketiga-tiga aktiviti ini dapat menarik minat murid dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
            Melalui kajian tindakan ini saya dapat mengatasi masalah murid saya dan saya berharap mampu melakukan yang terbaik demi masa depan anak didik saya..